Kali ini Ramadhan datang lagi kepada kita Datangnya seperti selalu Dengan seribu satu rahmat dan berkat dari Yang Esa Untuk hambaNya yg tidak leka dengan kelebihannya
Namun perhatikanlah umatku.... Datangnya awal Ramadhan Ingatannya maju terus kehadapan kepada awal Syawal Ingatannya segar untuk persediaan awal Syawal Resepi-resepi untuk raya ditonton asyik sekali di tv Lupanya dia, alpanya dia nikmat diberi peluang bersama Ramadhan Bukankah Ramadhan bulan untuk perbanyak amal ibadat? Tapi mengapa otakmu ligat berfikir tentang baju raya,kuih raya dan beraya?
Perhatikanlah umatku itu... Dia tahu bahawa Ramadhan hanya sekali sahaja dalam setahun Dia tahu Ramadhan, pahala nya berganda-ganda dari bulan lain Namun, apakah gerangannya ibadat masih sama seperti bulan lain? Mengapa masih terkejar-kejar dunia yg sekelumit itu?
Perhatikanlah umatku itu... Dia tak pernah lupa untuk berpuasa Dari subuh sampai maghrib,sanggup dia berlapar dan berhaus Tapi, puasanya hanya berlapar dahaga sahaja Seperti kata Nabiku dulu Sayang sekali puasanya bukanlah ubat kepada virus dalam hatinya itu virus mengumpat,dengki,bohong,r iya'....tak hilang tak luntur dengan puasanya puasanya sia-sia disisi Yang Esa..
Ramadhan datang Umatku tahu dimana Syaitan Iblis di waktu itu patutnya terasa mudah senang dan ringan beribadat Kerana musuh utama sudah dirantai dibelenggu Tapi mengapa masih seperti biasa? Puasa seperti tidak berpuasa,maksiat masih menjadi rutin,solat masih berat.... mengapa?
Perhatikanlah umatku itu... Gembira dia bila datangnya Ramadhan Seronok dia berpuasa.. Rupanya Ramadhan adalah pesta makanan Baginya Dua jam sebelum berbuka,dia mesti di pasar Ramadhan Membeli itu dan ini untuk juadah berbuka nanti Seharian berpuasa bagai mahu ditebus dengan sekali berbuka Rupanya Ramadhan juga ditunggu-tunggu untuk membeli belah Banyak jualan murah Potongan harga disana,potongan disini.. Dalam kepala ingat shopping..baju raya,kuih raya,langsir raya.. Setahun sekali katanya..apa salahnya? Tapi mengapa tidak praktikkan 'setahun sekali' itu untuk tuntutan Ramadhan?
Lihatlah umatku itu.... Berduyun-duyun ke Masjid menunaikan Tarawih Seperti suatu pesta ramainya baik lelaki mahupun perempuan Kalau boleh setiap malam, dia nak bertarawih masjid yang berbeza Ada yang buat 8 ada yang buat 20... Namun terkesankah dihati mereka tujuan tarawikh 30 mlm itu? Di manakah mereka semasa rukuk,sujud.. Di dalam tarawikh itu atau luar sana? Adakah ia ibadat atau sekadar adat menyambut Ramadhan ? Tepuk dada,tanya iman...
Lihatlah umatku itu.... Bila Ramadhan bertamu Bersemangat mereka menuju ke masjid setiap kali azan solat fardhu Solat subuh yang tak penuh satu saf pada hari biasa boleh penuh satu masjid Hebatnya umatku ,masjid yg cuma penuh pada hari Jumaat sahaja, Menjadi penuh dengan manusia pada hari-hari Ramadhan Tapi...dimanakah umatku ini selepas Ramadhan? Masjid mulai kosong, solat subuh menjadi satu saf kembali... Dimanakah kesan latihan di Bulan Mulia itu?
Lihat umatku itu.... Ramadhan ialah bulan yang Mulia dan dijanjikan banyak pahala.. Katanya ingin perbanyakkan membaca al-Quran Azamnya nak khatam satu al-Quran dalam Ramadhan Setiap hari dia mewajibkan dirinya menghabiskan bacaan satu juzu' Tapi.... bila berlalu Ramadhan.. Al-Quran mula diletakkan dalam almari sebagai hiasan. Al-Quran mula menjadi tempat habuk dan debu bertandang Untuk Ramadhan sajakah al-Quran? Untuk kematian saja kah al-Quran? Lihat umatku itu Semakin hampir Ramadhan kepada Syawal, Semakin sedikit masa Ramadhan yang ada dengan mereka Semakin rancak mereka bersiap sedia untuk menyambut syawal Rendang,ketupat,langsir raya,baju raya semua dihitung-hitung cukup ke tidak Lupakah umatku itu dimana Nabiku dan sahabatnya dikala 10 mlm terakhir Ramadhan? Tidakkah mereka tahu bezakan antara Lailatul Qadar dengan seisi dunia ini? Cukupkah sudah pahala yg dibuat sehingga Malas mencari satu malam yg lebih baik dari seribu bulan itu?"
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan